PENGAMBILAN BARU PELAJAR PENGAJIAN ALIM & HAFIZ 26/27 KINI DIBUKA
Surau ini mula dibina pada 14 Mei 2020 dan siap sepenuhnya pada 27 Disember 2020.
Penyumbang bagi surau ini hanyalah seorang sahaja. Semoga Allah Permudahkan Urusan Beliau dan Diberikan Rezeki Yang Luas Buat Beliau InshaAllah Ameen.
Asrama Hafiz ini mula dibina pada 14 Mei 2020 serentak dengan pembinaan surau dan siap sepenuhnya pada 26 Ogos 2020.
Asrama idi digunakan untuk penempatan pelajar hafiz, Dengan hasil sumbangan orang ramai, pembinaan asrama ini dapat sempurna dengan sepenuhnya Alhamdulillah. Semoga Allah Permudahkan Urusan Para Penyumbang Insyaallah AMEEN.
Asrama Alim ini mula dibina pada 25 Mei 2022 dan siap sepenuhnya pada 2 November 2022.
Asrama ini digunakan untuk penempatan pelajar pengajian kitab, Dengan hasil 50% sumbangan dari orang ramai dan 50% dari sumbangan seorang Hamba Allah. Semoga Allah Berikan Rezeki Buat Semua Yang Telah Menyumbang. Ameen.
Kelas pengajian kitab ini mula dibina pada 2 Mac 2023 dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober 2023.
Kelas ini digunakan untuk pengajian kitab. Dengan hasil sumbangan seorang Hamba Allah, Alhamdulillah pembinaan dapat disempurnakan sepenuhnya. Semoga Allah Permudahkan Urusan Beliau dan Kepada Semua Yang Telah Menyumbang InsyaAllah Ameen.