PENGAMBILAN BARU PELAJAR PENGAJIAN ALIM & HAFIZ 26/27 KINI DIBUKA
Syarat Kemasukan Kursus Alim
1. Umur permulaan yang terbaik: antara 16 dan 19
2. Hanya pelajar sepenuh masa boleh mendaftar
3. Lulus sesi temuduga
Jangka Masa Pembelajaran
1. Program lengkap adalah 6 tahun
2. Sesi akademik adalah tahunan. (Syawwal hingga Syaaban)
3. Kelas adalah Ahad-Sabtu
Pembahagian sesi tahunan
- Satu sesi tahunan = sekolah 42 minggu.
- 36 minggu kelas + 6 minggu ulangkaji dan penilaian = 42 minggu sekolah.
- 1 minggu = 34 jam kelas
Medium pengajaran
1. Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar untuk memudahkan pelajar memahami.
2. Buku teks adalah 90% bahasa Arab.
Struktur kursus
1. Kursus ini terdiri daripada dua bahagian; akademik dan praktikal.
2. Aktiviti akademik dilaksanakan di dalam kelas.
3. Aktiviti praktikal termasuk kemahiran hidup (khidmat) dan persembahan mingguan (anjuman).
Kurikulum
1. Tiada teras dan elektif dalam aktiviti akademik; semua mata pelajaran adalah wajib.
2. Lulus peperiksaan akhir tahun adalah wajib untuk ke kelas seterusnya.
3. Markah lulus adalah antara 40% dan 70% berdasarkan kelas.
Dua peringkat Kursus Alim
a) Asasi (2 tahun)
b) Ijazah (4 tahun)
Dua peringkat Kursus Alim
a) Asasi (2 tahun)
b) Ijazah (4 tahun)
Kursus Alim Asasi
Tempoh
2 Tahun (Tahun 1 & 2 )
Keperluan program
1. Mampu membaca al-Quran (Sebaik-baiknya Hafiz)
2. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab
3. Boleh membaca Bahasa Arab
Objektif
Memastikan pelajar:
1. memahami keperluan asas menjadi orang Islam.
2. selesa dengan kemahiran Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Dan
3. bersedia untuk menjalankan Pengajian Islam di peringkat akademik.
Hasil pembelajaran
Insha Allah, pelajar-pelajar harus mampu:
1. berkelakuan baik dan bertamadun berpanduan ajaran Islam
2. membaca dengan pemahaman teks Bahasa Arab dan Melayu dengan selesa; dan
3. menerangkan aspek asas Islam seperti Fiqh dan nilai-nilai Islam
Kursus Alim Ijazah
Tempoh
4 Tahun (Tahun 3 – 6)
Keperluan Program
1. Kursus Alim Asasi ATAU Kursus Alim Ijazah
2. Sijil yang setara dengannya dalam kandungan dan jam kredit.
Objektif
Untuk didedahkan kepada:
1. Islam secara teori dan amalan daripada Al-Quran dan Hadis;
2. hukum Islam seperti yang dijelaskan oleh Fuqaha';
3. menyelesaikan isu-isu kerohanian dan sosial menurut ulama yang bertakwa; dan
4. keperluan profesional dalam mana-mana organisasi atau masyarakat.
Hasil pembelajaran
Insha Allah, seorang pelajar akan dapat:
1. memelihara, membangun dan menyampaikan legasi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam;
2. mengaplikasikan Syariah bagi menyelesaikan masalah semasa;
3. mentadbir dan mengurus institusi Islam dengan tanggungjawab, kerjasama dan kepimpinan yang baik; dan
4. berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dan rakan sekerja secara berkesan dan beretika.
Tekan Link Dibawah Untuk Pendaftaran