PENGAMBILAN BARU PELAJAR PENGAJIAN ALIM & HAFIZ 26/27 KINI DIBUKA
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]
Firman Allah SWT lagi:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]
Firman Allah SWT:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)”. [al-Muzzammil:4]
Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.
Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا
Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]